Wednesday, April 20, 2011

aku tak boleh hidup tanpa kau

pada dasarnya
memang aku perlukan kau
setiap ketika
setiap hela nafas
setiap detik waktunya
tapi aku mengerti
kau bukan berdaya
ada disamping aku
setiap detik dan waktu ketika.
bila detik detik itu
ditemani mereka yang lain
terkadang rasa leka
rasa lupa rasa selesa
maaf, aku tak sempurna.
bukan bukan niat
menduakan jauh sekali
tinggal kan kasih yang dibina
hanya terkadang tak merasa
hanya seperti angin lalu
diri terasa lemah
tak mampu berdiri gah
tak mampu bertongkat siku
maaf maaf kan aku
layak nya kau panggil aku
yang jalang yang jahat
tapi itu lah hakikatnya
bukan jarak dipersalah
lagikan masa tak bersalah
diri sendiri mungkin. lemah.
aku tak sekuat mereka
yang lain.
aku mahu kau dekat sini
peluk aku erat
peringat aku tentang sayang kita
tentang berpurnama kita bina.
tentang semua,
kongsi cita yang sama
kongsi katil
tolong sering beritahu aku
yang cinta kau aku bergantung
harap. aku rindu kau
setiap saat. :(

2 comments: