Saturday, January 22, 2011

kalau bahagia yang engkau cari

"Ahh. Buat semak lah fikir kan pasal kau. Aku pening kepala. Mana nak layan yang ada depan mata, mana nak kesah pasal study. Boleh tak, aku tak nak kau kacau aku. bingit lah!,"

bentak Abbey dalam fikirannya.

"Hello, Ferdy, I serious nak break dgn you. sumpah. I dah tak tahan. I rasa kita makin hari makin jauh. dengan you nya i susah nak contact. nak jumpa apa tah lagi, bayang bayang pun tak pernah muncul, I dah tak sanggup nak teruskan relation kita ni. I nak semua ni stop sampai sini okay?"

click.

Telefon genggam dimatikan. Ferdy tepaku sambil berfikir apa salah dirinya sendiri sampai diperlaku sebegitu. cukup banyak dia berkorban buat Abbey. Abbey tak pernah rasa puas dengan apa yang dia dapat. Apa yang dia mahu keseronokan di depan mata serta kawan kawan. Mungkin Abbey belum cukup matang fikir Ferdy. Dia masih tak kenal dunia, masih belum puas berseronok, biarkan sahaja dia, mungkin itu jalan yang terbaik buat dia. Ferdy akur, pasrah.

Sehari dua Ferdy mampu menahan rindu yang dipendam. Masa terus berlalu, Ferdy sering mencuba berbaik dengan memberi pesanan ringkas buat Abbey. Namun, Abbey tak pernah balas. Cukup banyak pesanan ringkas yang di terima Abbey. Panggilan telefon pun mahu berpuluh dalam seminggu Ferdy mencuba nasib. Manalah tahu Abbey bertukar fikiran mahu menerima Ferdy semula dalam hidupnya. Ferdy tidak mudah mengaku kalah, berputus asa.

Mungkin perbuatan Ferdy ini bodoh. Perempuan itu tak mahu kan dia. Apa yang dia tunggu lagi? Pergi sahaja keluar sana cari perempuan lain. Bukannya dunia ni kecil. Banyak lagi perempuan yang mampu buat Ferdy tersenyum.

Tapi semuanya tak semudah itu, hati nya dicuri oleh Abbey, dia tak akan pernah lupakan Abbey dengan apa kenangan manis selama bersama Abbey. Dan bagi Ferdy, Abbey sahaja lah yang betul betul pernah membuka pintu hatinya untuk berkasih.

"hey babe, you tak contact boyfriend you yang dulu you tinggal kan tu ke? you ni jahat sangat dumb a guy yang tak ada salah apa dengan you, you kene ingat karma tu real babe,"

Kelly menegur Abbey

"hey, kalau kau nak tahu, aku mmg dah tak ada perasaan langsung dekat dia, kalau boleh aku nak lupakan dia terus. kau tengoklah telefon aku ni, berjuta mesej dia hantar, setiap hari dia call, aku naik fed up tau, kalau kau jumpa dia, tolong bagitahu yang aku dah tak interested dengan dia lagi okay? get away from my life! pfft"

Abbey bersuara lantang.

Abbey kini bahagia bermain kasih dengan jejaka di kampus nya. Perihal Ferdy tak ada lagi dia ambil kisah. Di kampus semua sedang asyik memperkata tentang Abbey, kononnya Abbey dan pasangannya lah pasangan paling hangat bercinta pada masa itu. Si kacak dan si cantik. Sama padan sama lawa. Drama org berkasih.

Tiga bulan berlalu,

"babe, I tension gilaa u tahu. That guy seriously ada betina lain ! I tak tahu why on earth dia boleh cakap dia sekarang happy dgn perempuan lain. dia ingat I ni apa? suka suka je nak main main kan I? hah? fucked up laa. I seriously tak tahu nak buat apaa ni babe, Eric ni macam bodoh laa. I dah buat apa semua untuk diaa, I dah be the best for him, we even plan to live together, what the hell happened? who is that bitch yang berani kacau Eric i ni babeee?"

Abbey mengadu pada Kelly.

"Sabar lah sayang, hmm. I tak tahu nak cakap macam mana, tapi I rasa dia mmg dah tak ada hati dekat you. tengok lah dah sebulan dia tak layan you, he is a guy, bila dia senyap makna nya dia dah tak nak kita bey, you kene accept tu, don't cry, things happened sayang. you nak fight for him lagi ke babe?"

soal Kelly.

"I tak boleh fikir. I dah sakit hati. Every day I sleep with tears babe. I couldn't help it anymoree. I had enough. Biarlah dia, I think I'm going to let him go. Bukan ke kalau kita sayang someone, kita nak tgk dia happy kan? Biarlah babe dia happy dengan perempuan lain. I rasa I ni tak perfect untuk dia, perempuan tu lagi lawa, lagi sempurnaa. I fed up dah babe. I nak lepaskan Eric"

kata kata Abbey diselangi sedu tangis.

Hidup Abbey kini sunyi. bertambah dengan Eric yang menunjuk nunjuk kekasih hati baru nya. Buat Abbey lagi meluat. Namun, rakan rakan sekeliling selalu beri Abbey semangat untuk teruskan hidup tanpa Eric. Abbey banyak berubah, dia sudah mula berjinak dengan rokok dan sering bersama teman teman ke kelab malam. Abbey tidak lagi percayakan lelaki, malah setiap lelaki yang ingin mendekati pasti Abbey sakiti mereka pada akhirnya. Berjuta alasan diberi, tidak bersedia untuk berkasih lah, masih ingin hidup bebas tanpa kongkongan lah, berminat hanya menjadi part time lover atau lebih famous dikenali dengan scandal lah. Namun itu semua hanya alasan, Abbey patah hati pada Eric, dia benci apa yang di perlaku Eric, dia tak akan mudah percaya pada lelaki kali ini.

Tujuh bulan lebih berlalu, Abbey bukan lah sekuat di luar. Dia mungkin lantang pada percakapan tapi lembut di dalam. Abbey tutup pandangan orang lain sebegitu. Dia tak mahu di gelar perempuan lemah, tak mahu diperalat lelaki durjana. Tiada siapa tahu setiap malam hidupnya di isi air mata dan kesedihan. Bermalam dia tidur bertemankan air mata. rindu pada kehidupan berkasih. kata org kasih itu umpama soul feeding. kalau ada, hidup lagi indah, kalau tiada, hidup itu seakan dull.

Suatu hari, di laman sosial Ferdy menegur Abbey. Abbey terkejut dan tidak menyangka Ferdy yang disakitinya dulu menegurnya. Tepat pada hari lahir Abbey. Abbey sungguh gembira, tetapi ego dalam dirinya. Dia berbual biasa sahaja dengan Ferdy. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya Abbey bila Ferdy menegurnya. Tapi saat itu, Abbey yakin Ferdy sudah ada pengganti dirinya. Setahun lebih dia tinggalkan Ferdy, pasti Ferdy punya kekasih hati sekarang,fikir Abbey.

Tidak lama selepas itu, Abbey diterima menyambung pelajaran nya di satu perkampungan kecil. meneruskan pengajiannya di tahap lebih tinggi. Hampir seminggu dia berada di sana semua nya baik baik sahaja. kawasan perkampungan yang tenang ditambah persekitaran pelajar yang baik baik belaka, Abbey jadi tenang. Dia berazam menumpukan sepenuh fokusnya pada pelajaran dan kokorikulum. Persekitaran kampus yang cukup hebat. Semuanya cukup sempuran bagi Abbey.

Namun, tidak ada apa yang boleh dijangka kecuali, suatu hari Abbey menceritkan tentang mimpi aneh yang dialaminya pada rakan kampusnya, Julie.

" awak, malam tadi saya mimpi Ferdy lah. pelik sangat mimpi saya. awak tahu, saya mimpi pada saat saya nak di ijab kabul kan, saya nampak jelas Ferdy duduk di daun pintu rumah saya sambil menangis teresak-esak, saya bingunglah. kenapa mimpi saya pelik macam ni ?"

Tanpa befikir panjang keesokan harinya, Abbey cuba membuat panggilan kepada Ferdy, dan seperkara lagi tentang Abbey, dia tidak pernah padam talian telefon Ferdy biarpun Abbey sudah berbelas kali menukar talian telefon genggamnya. Ferdy tidak menjawab. Abbey kesal. Tindakan nya sia sia. Dia mencuba buat kali kedua. Dan seterusnya. Ferdy masih lagi tidak menjawab.

Abbey anggap itu hanya mainan tidur.

"biarlah, mungkin Ferdy tak ada hati dengan aku lagi," keluh Abbey dibenaknya.

truut..truuut...truut..

nama Ferdy jelas terpampang di kaca telefon bimbit Abbey. Abbey bahagia, sedikit gementar untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hey, siapa ni? Aku tak ada nombor telefon engkau lah !" tegas Ferdy.

"Ferdy, ni I lah, Abbey" jelas Abbey tenang.

"Oh, maaf lah, aku tak save nombor telefon engkau," Ferdy terus berkata.

saat itu. Abbey tidak tahu apa yang harus dia ungkap kan, talian tergantung buat seketika. Kira kira tiga minit tanpa bersuara.

"Ferdy, I rindu you," Abbey bersuara lemah.

Suasana bisu.

"I rindu you jugak, Abbey," bicara Ferdy dengan suara dalam kebingungan.

"tapi maaflah, I sedang busy ni. boleh kita mesej?" soal Ferdy

"okay okay, kita mesej sahaja," Abbey menyambung.

dalam mesej mereka, Abbey meminta maaf atas segala perlakuannya yang lalu, setahun yang lalu buat Ferdy terluka. Abbey menyesali segala perbuatan dia. Abbey tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia merindui Ferdy. Ferdy tidak pernah menyakiti hatinya. Ferdy malah sanggup memaafkan Abbey. Ferdy seorang yang berhati mulia. Ferdy hanya sabar menunggu Abbey kerana dia yakin suatu masa Abbey pasti pulang ke pangkuannya. Abbey kini milik Ferdy. Penantian Ferdy selama ini bermakna dengan kepulangan Abbey. Abbey merasakan hubungan dia bersama Eric cukup mengajarnya tentang hukum karma.

Satu nota bagi Ferdy daripada Abbey,

"yes I went away.
but it doesn't mean that I forgetting you.
I came back.
I was lost. I was wrong.
sorry for letting you down past year.
and yes,
sorry doesn't mean a thing.
so, I guess if sorry not enough for you,
I'll tied you in my heart. FOREVER."

1 comment: