Sunday, May 30, 2010

haziq

aku ketuk ketuk pintu rumah kau.
bila ada masalah terus lari rumah kau.
tapi aku selalu tny dahulu pasal kau.
macam manaa kekasih hati kau.

cerita aku masih ulang ulang yang sama.
cerita kau, aku harap bukan yang sama.
cerita kita aku tengok macam sama.
kau dgn dia, aku dgn dia.semua sama.

cakap kau sayang diaa banyak banyak.
aku ckp aku sukaa dia sangat sangat.
kita kongsi semua cerita.
kau cucuh api, kita kongsi sama.

kau hulur jari kelingking,
aku minta janji kawan sampai mati.
tahu tahu cerita macam ini,
kau pergi tinggal aku sendiri.

ye.aku faham, aku bukan siapa siapa.
kali terakhir aku dgr kau ckp;
ehh, kan kita sudah janji friends forever?
haihh, sedih luluh hati aku dgr tahu.

satu benda aku mahu kau tahu.
aku boleh tenang kalau org ajak berbincang,
cakap bahasa indah, sopan.
aku tumbang sebentar semalam. maaf ya?

haziq weh,
sampai tadi aku tunggu kau
saja mahu pasti kau tak lupa janji jari kelingking.
tapi, apa lah janji pada kau?
maaf, aku tak boleh baca isi hati kau.

hmm, semua pun dah lepas.
aku tak dapat undur masa.
duduk diam kaku.
sumpah, tak pernah rasa iri lihat kau bahagia.
aku turut gembira tahu lihat kau bahagia.

tak apa lah,
kalau kau mahu tuduh aku bukan bukan,
aku tak kesah,
kau tahu tuhan tu maha adil?
dia tahu apa niat aku.
tak pernah terdetik hancur bahagia kau.

hati aku calar,
sungguh pun kau dah pohon maaf.
weh, kau tahu hati aku tisu mcm mana kan?
ohh tak apa, aku je jaga hati kau lah (:

dan aku tahu kau kongsi satu benda sama
iye, kita sama sama tak boleh bikin dendam.
ahh, kau faham lah apa maksud aku,
aku ckp aku tak pernah marah, dendam dgn kau atau sapa2.

hati aku masih calar.
sakit tahu?
(:
ENOUGH

2 comments: